Thursday, June 14, 2012

Cameron Bharat

 sesi jln2 ptg2 lps penat wat kje @ pdt ch nih... cni je la tmpt ley kami dtg
 daun teh... hahha... org blur...

 view di ldg teh cameron bharat nih... nmpk jauh chantek je...tp dekat biasa2 je la...

 siap ley landing... tp pokok keras giler... hehehe

ni sesi mengira jari di inai....kami duk kira brape psgn yg ade inai di jari turun jln2 kat bwh ldg teh nih...

Cakoi CH

 sesi mencari pakcik ini... k.ela kata sedap cakoi pakcik nih...

mmg best la... sejuk2 mkn cakoi cicah tey tarek 1!!!

Wednesday, June 6, 2012

Solat & Arwah Ma


Gambar ni gambar arwah ma masa di wad Timur Darat di Hosp USM , Kubang Kerian (solat sambil duduk atas katil). Tersentuh hatiku melihat nya. Wlu pun sdg sakit, arwah ma x lupa menunaikan kewajiban solat 5 waktu nya. Semoga arwah ma ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
Aku juga nak jd spt arwah ma, tp mampukah aku??
Rutin harian arwah ma semasa hidup & sihat:

Bangun bersihkan diri dan solat subuh. Slps solat subuh arwh akan mengaji sehingga matahari terbit. Sesudah mengaji baru arwh ma akan sediakan makan/minum utk nya dan abah. Sarapan perlu cpt, sbb abah n arwah perlu mkn ubat. Slps semua selesai barula arwh ma masuk ke bilik jahitannya. Tengahari arwh ma akan msuk ke dapo sediakan mkn tengahari. siap je arwh ma akan mandi dan tunggu solat zohor... slps solat arwah ma mengaji lg... lps mkn tengahari arwh ma akan smbung menjaet... kul4 arwah ma akn stop rehat sementara tggu solat asr... slps solat asar arwh ma mengaji lg... slps itu arwh akn sediakan minum ptg utk abah, smbang2 dgn abh... sehingga la masuk waktu maghrib... dan arwh ma akan solat maghrib disusuli bacaan quran lg smpai la ke isyak... slps isyak arwah ma akan menonton tv smbil bersembang ngan abah... sambil2 tu urut2 bdn abah yg sakit2... maklumla abah kje berat dulu... skali lg arwh akn buatkan minum utk abh sblm tdo... bersembang smpai la mengantuk... kdg2 arwh ma tertido dpn tv... penat agaknye...tp arwah ma x pernah susahkan abah... smpai die jatuh sakit dan nak hembuskan nafas terakhir pun arwh xnak susahkan  abah...hidup ma selama dlm hosp... xlepas dr solat, doa dan yassin.... itulah arwah ibu ku... MA, WE MISS U!!!

Surah Al-Ankabut : 45

أَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

Maksudnya :    Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada keburukan dan kemungkaran.

Selamat Tinggal Ibuku

4hb Mei 2012
Petang tu, aku dikejutkan dgn berita ma di bawa ke unit kecemasan Hosp Kuala Krai. Abah hntr ma ke sana  sbb keadaan ma yg x stabil di rumah. Ma dah lembik xde tenaga di rumah. Baru semalaman g klinik swasta, tp tiada perubahan. Ma kene tahan wad, dan dimasukkan 2pack darah. Ma kekurangan darah. Patutla ma letih dan lesu dan tekanan darah ma amat2 rendah.

5hb Mei 2012
Nekad & tawakkal, aku terus tarik kain baju yg ade isi dlm kete. & terus drv Volvo buruk ku tu balik ke Kelantan. Klu x balik, ape2 berlaku kat ma mmg aku la org yg paling nyesal. Cuma ptg aku terima perkhabaran, aku x yakin utk drv mlm2. Kete kebal buruk ku tu wat hal tgh jalan... dah aku nyusahkan semer org dtg bg bantuan kat aku lak. Terima kasih adik bongsu ku yg dtg menjemput aku. Aku tinggalkan volvo d dpn kedai mkn seolah2 kete kebalku itu xde value. Ma lebih penting bgku, hingga aku sggup tggalkan en.somi ku yg sdg demam d rumah sorg2. Da smpai lwt ptg di k.krai... blk mandi solat baru la g jmpa ma kat hosp. Ma tersenyum lihat semua ank2 pulang. Tp dlm hati ma siapa lah yg tahu.

6hb Mei 2012
Ma asyik demam je. Doktor ambil sample drh ma utk dihantar ke makmal utk kajian ape yg x kne.

7hb Mei 2012
Pd awalnye kazen ku yg bertugas sbg dR. di hosp k.krai kata klu ma sihat, ma boley balik. sekejap je lps tu dR.pakar dtg gtau yg x bley balik lg sbb sdg tggu kptsn sakit ma sbb diorg suspek ma mengidap leukemia.
8hb Mei 2012
Kptsn telah dpt... dan mmg betul suspek dR. ma... ma disahKan mengidap saKit leukemia... dan perlu di pindahkan ke Hosp USM kbg kerian esok pgnye. Ya Allah, apakah ujian yg Kau berikan kepada Bondaku ini, 4 thn lps bonda pernah melawan "Breast Cancer", dan ia nya berjaya dan sembuh... tp Allah dah berikan 1 lg ujian kpd ma iaitu 1 lg penyakit maut "Leukemia"

9hb Mei 2012
X smpai hati nak biarkan ma sorang2 aku ambil kptsn utk bercuti seminggu. Pg2 lg ma dah dipindahkan dgn ambulans ke HUSM. Maksu n abah yg menjadi peneman ma ke HUSM. Aku hnya tggal di rumah dgn anak ku. Dr. telah ambil air sum-sum tlg belakang ma utk mengetahui leukemia ape.

10hb Mei 2012
Aku bergilir2 dgn abah menemani ma di wad... dgn tepaksa bw anak ku skali... mmg susah nak menghabiskan masa sepanjang hr dgn ma. bdk 12thn x d benarkan msuk ke wad yg ma ditempatkan. Dr nak bejumpa abah. Tp kami smpai lambat. So, doc nak jmpa kul9 pg keesokan hari.

11hb Mei 2012
Hr ni aku berjaya tggalkan ank di rumah makngah ku.. nak plak die duk sana sbb die kata kat hosp panas. Pg2 lg aku dah menemani abah ke HUSM utk berjumpa dr.pakar yg merawat ma. Abah, ma & aku di jemput ke bilik perbincangan utk sesi kaunseling. Dr. Azlan maklumkan Ma telah mengidap Leukemia yg jrg skali org kene. Spnjng 10thn Dr. Azlan di situ, ma adlh kes ke3 jenis yg sama. Dan percubaan rwtn sblm ni adlh x berjaya. Tp Dr. Azlan kata, selagi boleh usaha, kita usaha. Ajal maut semua di tgn Allah. Ma pun nampak tenang dgn apa yg dijelaskan oleh Dr.Azlan, mgkin di sudut hati ma:

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]

Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

[Al An'aam:73]

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

[Al Mu'min:68]

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Maryam:35]

Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Ali 'Imran:47]

Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.

[Ali 'Imran:59]

Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.

13hb Mei 2012
Aku tepaksa meninggalkan ma yg sdg dirawat dan abah yg kegusaran dgn apa yg menimpa ma. Aku tepaksa kembali ke tempat aku mencari sesuap nasi utk menguruskan kerja2 yg tertangguh selama seminggu aku bercuti. Maksu pinjamkan bibiknye utk menemani ma masa abah aku blk berehat di rumah.

18hb Mei 2012
Ma dah mula diberi rawatan kimo dan dipindahkan ke wad CCU utk mengurangkan kdr jangkitan bakteria da radioaktif.

19hb Mei 2012
Aku balik ke Kelantan sorang2 tnpa ditemani anak. Tujuan nye aku perlu hantar pajero maksu yg aku pnjam sementara. dan aku jg nak jmpa ma. Tp wad yg ma tempatkan mmg sukar utk masuk. hnya masa melawat dibenarkan msuk. perlu pkai baju n topeng muka yg disediakan oleh pihak hosp. sorang shj yg dibenarkn msuk utk 1 pesakit... hurm... wktu melawat tamat jam 7ptg... tp aku temankan ma smpai kul7.30 mlm. x pasti keesokan hr dpt jmpa ma lg atau x. abah x brp sihat. aku lak da xde transpot nak ke HUSM. nak balik ke Kuantan pun tompang member. klu aku tahu member nak betolak 9 mlm, mmg aku temankan ma utk 2x masa lawatan lg. Wajah ma berubah merah bila mendapat rwtan kimo, xde pucat2 spt sebelumnye. Aku n abah sedikit sng hati dgn perubahan itu. Skali lg aku plg ke Kuantan utk menyelesaikan urusan keje ku.

24hb Mei 2012
Skali lg dikejutkan dgn berita menyedihkan pd jam 7.30pm  "Ma jtuh dlm bilik air!!!" Ya Allah... selamatkan dan lindungilah ibuku Ya Allah... aku x mampu nak melompat balik ke Kbg Kerian time itu jg sbb hr dah mlm. Pendarahan ma x berhenti. hidung mancung ma patah. gigi palsu ma tercucuk ke gusi. adik kpd adik ipar ku byk membantu. hmpir tgh mlm, adik kpd adik iparku sms, ma da ok, pendarahan da stop. 

25hb Mei 2012
Tapi, jam 4.30pg adik aku call bgtau "B, ma da nazak"... menangis aku sorg diri, dgn menggigil nye aku, nak mnta tlg sape pun x tahu, suami sdiri x berjawab col.... dlm kul5lebih makngah col, "B blk nnt terus ke rumah yer...kiter jmpa kat sana" why?????????????????? meraung aku "B, sabar. Allah lebih sayangkan ma".... Innalillahiwainnailahirojiun.... "Ma, jgn tinggalkan b, jgn tinggalkan kami" Sedihnye rs x de d cc ma masa ma nak dijemput. 

Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerna Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu

Semoga Diri Ibu Bahgia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang

Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu

Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku


Aku tenang2kan fkrn, seluruh bdn aku menggigil, suami x dpt dihubungi, cmne aku nak blk. Akhirnya bila aku tenang, skali lg aku cpai kain baju selai dua dan kunci kelisa yg suami pinjamkan utk ulg alek kje, tawakkal skali lg sbb aku x brp mahir bwe kete manual.
9pg abah col kata nak smpan jnzah ma lps solat jmt. kul12 aku baru melepasi besut, abah skali lg col gtau nak bw turun jnzah ke masjid kul1 sblm solat jmt. terus aku menekan lg pedal myk kelisa ku. Kul1 aku sdg elok smpai di kg.. lembik aku menatap wajah terakhir arwah ma... wlupun mengalami pendarahan dan luka, wajah terakhir arwah ma sgt bersih dan sgt tenang. " Pergilah ma dgn tenang, B dah redho dgn pemergian ma, Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Mengasihi" Mungkin itu jalan terbaek dr ma terus terseksa dan menderita melawani penyakit. Amin.

Ya Allah, Semoga arwah Bondaku ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan bertaqwa kpdMu.