Wednesday, September 30, 2009

Tuesday, September 29, 2009

ceDap nyEr!!!

Feveret drinking anak aku... soyaaaaa.... adeh letih la minah ni skrg... x kasik dah kita tolong pegangkan... semua nak "do it my self la ummi"... nak g memana baju standby kene spare sentiasa dah...

Pastu tengok la apa gaya la anak aku ni "kenkos" jagung... kita nak suap xnak... nak jugap makan sdiri... duduk telentang semua ada... tu baru dlm kete... klu kat dlm umah x tau la nak kata...



Siap2 nak balik kuantan...

Lama betul aku balik bercuti...tp still x puas la duk kg...alangkah bestnyer klu leh keje kat kg... Raya kali ni punya la kalut ribut...xde gambar di pg raya pun...uwaaa... yg tu siap yg ni x siap...last2 x ingat sampai ke sudah...

hubby aku biasa la hilang sokmo,,,maklumla kengkawan semua kat jerteh...mati kutu duk kg aku... aku wat x brp nak kisah... janji aku leh balik raya kat kg... hby nak g mana suka dia la...

balik kali ni pun aku tkg jd driver mak aku je...mak aku x brape sihat... tukang masak pun aku... bertindak mengikut arahan... mak aku tolong gtau je nak masuk tu masuk ni dlm masakan... terbaring x larat nak bangun...


mak aku tu kekadang kesan ubat yg dia ambik lepas bedah tu xleh keje penat...x leh x cukup tido... x leh x cukup rehat...nnt dia penat apa pun xleh buat dah... mmg mak aku flat dr hari jumaat hgga ke raya ke3...

dah siap2 nak balik ke kuantan raya ke5 tu...hubby ada jemputan jamuan raya kat setiu jam12 hgga 3pm... sampai setiu betul2 dah kul3,,, x sempat pun nak g jamuan....kelaparan aku... klu tahu gitu stay lg semalaman kat kg...sedih plak nak balik... widad pun dah makin mesra ngan tokmak tok abah...klu dulu xnak langsung ngan abah aku... balik kali ni siap dokong siap naik moto ngan tok abah... makna nya anak dara aku dah makin besar dan dah pandai...

klu la kuantan-krai tu dekat aku tinggal dah widad duk ngan tokmak tokabah... klu tinggal duk jauh ni bukan widad je demam,,,dgn aku2 skali yg demam...

Monday, September 28, 2009

Raya MorNing muD...

ai,,anak aku nih col sape plak pepagi hari... sahkan mandi,,, basuh muka pun blum...pempes pun x tkr lg... wlupun slalu guna hpon... desk fon tidak dilupa...tau la pulok yg dia pegang tu hpon zaman2 dulu...ingat kan kenal henset je...

Hannan Humairah with her mum..

Dah besar anak spupu aku nih,,,x silap aku umur dah masuk 6 bulan... tp frust sgt si hannan humairah ni xnak ngan org... yg dia kenal mama n abah dia je... org lain ambik dokong konfem nangis... hai mama n abah si hannan,,, bawak2 la ajar si hannan tu bg nak ngan org... kesian la kat korang gak... sampai pengasuh pun angkat bendera putih klu hannan asyik nangis lg,,,, xnak jaga dah hannan...ni konfem pengasuh xleh wat keje lain ni,,,kene belai je si hannan...

jangan marah yer spupu klu korang baca blog aku nih... sekadar ingin berkongsi pengalaman... cian kat hannan... bg kenal kawan2 skit...




LaLa si KakaK daNish

CikB mintak maap bebanyak,, cuti balik kg kali ni,,,cikB lupa nak ambik gamba Lala bebanyak.... lupa lak anak buah cikB yg paling cikB syg ni suka berposing dpn kemra... tngu cikB g KL kita posing sakan k...

Sunday, September 27, 2009

Cik Bie cubit baru tau!

hai si ensem danish...amboi.... buas nyer anak buah cikbie ni...cikbi cubit baru tau... huhuhu... garau nyer suara.... ni konfem kes sunat awal2 dr bb lg...




Balik kamPung...ho ho ho baLik kamPung...

17/9/09 pulang hari raya ke kampung halaman @ Kuala Krai, Kelantan. Perjalanan ambil masa 7jam lebih disebabkan kerap berhenti salin pempers si kenit tu yg masih lg tercirit birit...huhuhu... kali ni hby ambik keputusan utk menikmati view di puncak bukit bukau tasik kenyir... dari Kuantan - Jabur - Jerangau - Ajil - K.Berang (exit to Tasik Kenyir) - Aring - K.krai.

x sempat nak stop ambik view tasik kenyir dr puncak bukit bukau... hujan turun renyai2.. melintasi 1 Santuari Gajah di puncak bukit bukau tu... masa tu x hujan kat situ... so hby stop utk rehat2 sekejap... n aku bawak widad masuk tengok 2 ekor gajah di taman pemuliharaan tu....

Bukan widad je takut...aku pun takut gak nak masuk dekat...hikhik... punya la tukang jaga tu suh masuk dekat2 ambik gambar.. xnak la aku... nyer penyet kat gajah x beraya la aku & widad... hehehe

CiRit Yg TerUk


ubat serbuk apa ntah yg doc suruh makan ni...tp widad skit pun xnak


susu tanpa laktosa yg doc kasik sementara widad kembali normal


ubat ni campur dlm susu,,,abis jd kelabu susu minah tu,,,nasib la dia nih pakai hentam je bagi susu kaler aper skali pun


ni utk angin,,,perut widad dah masuk angin


ni krim utk punggung yg melecet


Kesian betul kat minah aku sorang ni... x tau salah makan atau silap tang mana tetiba je cirit-birit... 1st day dia kene tu sabtu 12/9/09.. hari ke-2 nmpk x tahan lg,,, malahan si widad start demam... terus aku bwk g klinik biasa yg aku g (al-Razi Sg.Isap)... still cirit anak aku x nampak perkembangan yg baik,,, malah makin teruk...cirit lebih 10x sehari... taska plak x endah aku suh tengokkan pampers setiap 1/2jam.. bila aku ambik katanya dah baik... bila balik umag\h,,,widad still berak... apa lg melaung 1 taman dengar sbb punggung dah melecet...pedih wooo... aku plak yg nangis bila widad x tahan sakit...hari ke5... lastday aku keje b4 cuti hr raya... aku skali lg bwk widad g klinik...kali ni ke klinik pakar plak... fuhhh...punyer la banyak ubat doc bagi,,,n dinasihatkan widad diberi minum susu tanpa laktosa bt sementara waktu atau sehingga kembali sihat...
perjalanan balik kg byk berhenti salin pempes si widad,, hingga lah hari last berpuasa widad masih cirit...muka pun dah pucat... badan pun xde energy dah... alhamdulillah raya pertama widad kembali sihat walafiat...

Monday, September 7, 2009

One Nite @ HTAA, Kuantan

Pada 13hb Nov tahun lepas,,, widad kene tahan wad... nak tau kes aper?? widad kene pangkah tebuan atas kepala... kat manaa kejadian??? kat dlm umah... nasib baik aku perasan...

betapa cuak dan cemas nyer aku... hby plak br outstesen masa tu,,br halfway klu x silap,, col hby terus patah balik...



Aku tepaksa handle sdiri smntr hby sampai... mula2 bwk klinik berdekatan ngan umah...doktor kata sbb widad masih bb kene refer hospital, n pihak hospital akan tahan utk tahan utk tgk perkembangan widad.. aku patah balik ke rumah n bergegas siap barang2 widad utk ke hosp... dengan laju nye aku drv ke hospital,,,nasib baik hosp x jauh mana,,,lebih kurang 5km dr rumah... ambik darah n bg ubat kat emergncy room,,, n widad tepaksa ditahan...kua dr emergncy nmpk hby aku dah smpai... tdo la aku kat hosp malam tu dgn si widad... alhamdullillah petang esokkannye widad dh dibenarkan balik umah...

Suji Pelangi Siap!

Pagi td time hby & anakku masih tdo...aku carik balik resepi suji pelangi yg aku pernah baca kat intenet... bahan2 semua da cukup... so, aku start la make it.. senang je rupanya... risau gak takut x menjadi... after berbuka terus aku try makan... alhamdulillah success lebih kurang yg aku order tahun lepas... leh bukak bisnes gak pasni nih...

Thursday, September 3, 2009

Sinopsis Nurkasih

Drama bersiri yang aku suka tonton sekaranng... ni sinopsis citer ni,,, tp miss plak sinopsis episod 1-5... layanzzzz



Episod 6
Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga – pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia.Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.


Episod 7
Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkan di Malaysia.Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan seperti yang diimpikan selama ini.



Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka.Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun. Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.

Episod 9
Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya.Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula. Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.



Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.Nur Amina nekad untuk menceritakan segala – galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampong setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampong, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam. Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul diantara dia dan Nur Amina.


Episod 11
Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel. Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.


Episod 12
Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya.Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.



Nur Amina perlu meneliti projek di luar Bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya disaat – saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort.Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato’ Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka.Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam.


Episod 14
Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila. Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang sebelum Aidil tiba di rumah Nabila.Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya.Sarah cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia.



Nur Amina membawa diri ke Jeddah dan bekerja di sana dengan seorang wanita bernama Ummu Majid.Aidil dan Adam datang ke Mekah membawa Hajjah untuk menunaikan ibadah umrah. Di sana, mereka bertemu semula dengan Nur Amina. Nur Aminacuba melarikan diri tetapi Aidil cuba menghalang dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada Adam selepas pemergian Nur Amina.Adam juga telah memberitahu perkara yang sebenar kepada Imam Abu Bakar dan Mak Ani keadaan sebenar yang berlaku diantara dia dan Nur Amina.


Episod 16

Adam dan Nur Amina bertemu dan Adam bertanya kepada Nur Amina tentang keputusan Nur Amina. Nur Amina masih tidak dapat memberi kata putus kepada Adam tetapi menunaikan permintaan Adam untuk bersama – sama ke Masjidil Haram.

Hajjah berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk dirinya.

Ketika Aidil ke kedai buku di Mekah, Aidil bertemu dengan seorang wanita yang bernama Aliya. Aidil telah jatuh hati pada Aliya.

Menu Sahur Yang Malas

Pagi td punya menu,,, ekspress punye masak... bukak poser smlm x masak sbb hby xde,,, bajet dia x balik mlm td,,,dlm kul10pm terjongol dpn pintu,,, sib baik stok lauk masih ader dlm peti... malas punya menu aku siapkan dlm 1/2j... sup ayam, sotong goreng halia n ikan goreng... sayur????no! no! no!!!! no sayur da dlm peti,,,sahur2 sayur pun xleh masuk tekak....

Wednesday, September 2, 2009

Pusara Arwah Ibu Mertua

Hari raya hampir tiba... dah 2 tahun rasanya aku x sempat ziarah pusara arwah ibu mertua aku kat jerteh,,, hby je singgah sblm puasa bulan lepas. Walaupun x sempat kenal arwah ma (meninggal dunia pada Okt 1991).. serba sedikit terasa kehilangan sbb x merasa ada seorang ibu mertua... harap2 tahun ni hby bwk aku ziarah pusara ini sekali lg.

Semoga roh arwah ma sentiasa tenang dan semoga arwah ma berada di dalam golongan2 yang beriman... al-fatihah...amin...

Bukit Keluang Beach Resort

Ni kisah lama tahun2007, belek2 notebook aku nih terjumpa gamba2... masa ni aku n suami lepak2 kat besut, terengganu... g la resort sdara belah suami... tp x tdo pun... pusing2 je... menarik gak resort ni... kebetulan masa tu sdara yg nak dijumpa xde... malas nak tunggu sbb kami pun dah nak gerak balik kl time tu,,, sempat la aku snap bbrp keping gambar... utk tatapan kawan2, mana tau bekenan nak ke resort ni utk bercuti ke apa ke...










untuk keterangan lanjut mengenai resort ni, bleh la korang layari http://www.bkbr.com.my/home.php (bukan promosi tau,,, tnya aku sah2 aku x tau nak jwb aper)

Masalah Biskut Tidak Menjadi seperti Yang diharapkan

Biskut terlalu keras :

i. Tepung yang digunakan tidak sesuai ("terlalu kuat")
ii. Tepung terlalu banyak
iii. Tidak cukup lemak/mentega/marjerin
iv.Kandungan gula yang tidak betul
v. Terlalu lama memukul/mixing
vi. Tidak cukup cecair (contohnya telur)
vii. Bakar terlalu lama pada suhu yang terlalu rendah


Biskut terlalu berderai:

i. Terlalu banyak gula
ii. Terlalu banyak lemak/mentega
iii. Tidak cukup telur
iv. Kaedah membancuh yang tidak betul menyebabkan adunan tidak sekata


Biskut terlalu kembang:

i. Suhu terlalu rendah
ii. Tidak cukup tepung
iii. Terlalu banyak gula
iv. Terlalu banyak cecair
v. Loyang disapukan dengan banyak minyak


Biskut tak cukup kembang

i. Suhu terlalu tinggi
ii. Tak cukup gula
iii. Tak cukup cecair
iv. Acuan disapukan dengan minyak yang tidak sempurna


Biskut melekat di loyang

i. Loyang tidak disapukan minyak dengan betul
ii. Terlalu banyak gula

Petua & Tip mengenai tepung untuk biskut

Jenis-jenis tepung yang sering dijumpai dalam resepi biskut dan fungsinya:

(1) Tepung superfine : dikategorikan sbg tepung berprotein rendah. Tepung ini bertekstur halus dan dikatakan akan menjadikan biskut menjadi lebih ringan dan rangup banding penggunaan tepung gandum biasa.

(2) Tepung Rose : mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut yang antara lain ialah tepung jagung. Bagaimanapun , anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung dalam resipi anda tidak terlalu banyak. Tepung rose juga dikenali sebagai Top Flour atau Cookies Flour.

(3) Tepung Ubi Kentang : membuatkan biskut lebih ringan kerana sifatnya yang sangat halus. Diperbuat daripada ubi kentang dan mempunyai sedikit rasa ubi kentang. Tepung ini lebih baik daripada tepung jagung. (Bagaimanapun jangan kelliru dengan potato starch yang mempunyai rasa kentang yang sangat , dan dikategorikan sebagai tepung 'berat'.

(4) Tepung Hoen Kwee : selalu digunakan dalam kuih2 tradisional dan basah, tetapi kini juga sering digunakan dalam resipi biskut2. Tepung ini membuatkan biskut lebih ringan. Terdapat 3 jenis : berwarna kuning, hijau dan putih. Boleh digantikan dengan potato starch.

(5) Tepung Beras : Juga sering digunakan dalam resipi biskut kerana ia menjadikan biskut lebih rangup.

Tuesday, September 1, 2009

biSkUt raYa in tHe hOuse




ni antara biskut2 raya yg aku dah siapkan dr mg lps...bukan mslh awal tak awal aku start make it,, just nak test jadik x 1st touching biskut aku... actly aku x pernah skali pun wat bende2 alah ni... tak tau mud aku tahun ni begitu berubah,,, "try to make change"... alhamdulillah ada gak skill aku buat biskut raya nih... bleh makan lak tu bukan buang sajer...hikhik... for 1st touching,,, cukup la yg simple2...

si ComeL uMmi

Sejuk mata memandang bila putri kecil ku sudi untuk mengenakan mini telekong di kepalanya... sungguh cantik sungguh manis... tapi hanya bertahan utk beberapa minit sajer... dah masuk dlm kereta,,, tudung nya dah tercampak ke mana...