Wednesday, February 20, 2013

Interested Bukan Interesting

Jadilah orang  yang interested bukan interesting. Orang yang INTERESTED sentiasa bertanya mengenai orang sekeliling. Berminat kepada kejayaan dan kesusahan orang lain. Hidup sentiasa cuba manambah nilai dengan sentiasa mencari jalan untuk membahagiakan orang lain. Fokus hidup bukan untukmendapat, tetapi untuk memberi. Orang yang INTERESTING pula, sentiasa suka menceritakan hal hidup sendiri kepada orang lain, bila berborak  sentiasa mempromote diri, sentiasa mencari jalan untuk gain and not give. Sentiasa berfikir mengapa kita tidak disayangi orang, tidak disukai orang. Orang begini sentiasa fokus kepada perkara yang negatif. Mindanya terlalu kecil dan menghabiskan hidup dengan memikirkan caranya untuk mendapat pujian orang lain.

Petikan dari : 

Slot Islam itu Indah

Celik Mata dan Jiwa

petikan dari kata2 Prof Muhaya...

Cara seseorang memberi pendapat dan interpretasi keadaan mencerminkan kualiti. Jom audit bagaimana perspektif dan prioriti kita. Jika baik kedua ini maka baik lah kehidupan seharian. Cuba audit profile kita setiap hari dan komen kita beri pada pendapat orang lain. Adakah mencari salah atau ingin belajar. Orang yg bijak sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan menjadi solusi. Orang kurang bijak sentiasa mencari salah dan menjadi masalah bukan solusi. Orang berjaya suka memberi, orang kurang berjaya sentiasa mencari peluang atas kelemahan orang lain dan sangat berkira dalam kerja seharian. Adakah kita suka menyenangkan orang lain atau menyusahkan, suka menggembirakan atau suka menyakitkan hati, kita menaip utk nasihat atau melepaskan kemarahan,. Apa kita fokus itu kita dapat. Jika negatif , negatiflah hidup kita, jika positif, positiflah hidup kita.


Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kita

Orang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.

Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.

Tuesday, February 19, 2013

5 SEBAB MENGAPA PERLUNYA BERCAKAP PERKARA BAIK SETIAP HARI


S etiap hari, setiap masa kita akan berkomunikasi dengan orang lain dan juga mungkin diri sendiri. Seribu satu perkara yang akan kita perbincangkan dan ada sahaja topik yang akan dibawa ada baik ada mungkin tidak.
Berkomunikasi Dengan Kata Yang Baik | Gamber : sumber
Orang lain pula akan sentiasa menilai kita. Salah satu antara caranya - melalui kata-kata yang diucapkan. Pada pendapat saya, kita sebenarnya adalah apa yang kita ucapkan - setiap hari. Danperlunya bercakap perkara baik setiap hari adalah penting kepada diri.

Kata-kata datang dari hati (niat) dan ia akan sampai ke hati.
Pengalaman saya ketika masih berada dalam pengaijian, ada seorang rakan sering berkata perkara yang merendahkan semangatnya sendiri. Contohnya, mengatakan beliau akan gagal perperiksaan, tidak mungkin akan mampu menghabiskan pengajian dan pelbagai perkara tidak baik atau negatif. Dia kelihatan sepertinya tidak ceria, tiada semangat dan sangat merendah diri.

Tapi, setelah didekati dan dinasihati (secara terus terang) bahawa dia harus mengetepikan perasaan negatifnya oleh rakan-rakan beliau semakin berubah. Yang menakjubkan, perkara pertama yang kami   tekankan adalah untuk tidak bercakap perkara negatif (setiap hari) sebaliknya bercakap perkara yang positif.

Alhamdulillah, beliau berubah menjadi semakin baik. Ini kerana dirinya sentiasa memberikan dorongan baik kepada diri sendiri.

Justeru, berkata baik memang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Antara sebab kenapa perlunya kita bercakap perkara baik adalah;

1. Kata Itu Doa - Berkata baik dan membicarakan perkara positif akan menzahirkan sesuatu yang positif kepada kita. Kata-kata itu doa. Jadi, sentiasalah berdoa untuk kebaikkan diri sentiasa.

2. Memotivasikan Diri - Berkata atau bercakap perkara yang positif juga salah satu faktor yang boleh memotivasikan diri. Kita bukan hanya menerapkan nilai murni dalam diri, tapi nilai murni itu kita luahkan atau menzahirkan juga dengan kata-kata atau percakapan. Berkata positif meransang minda untuk terus berada dalam semangat yang baik dan mendorong. Ia juga menimbulkan minat untuk terus fokus dan memberi kekuatan untuk menentang masalah.

3. Membentuk Sahsiah - Apabila anda datang ke rumah rakan dan tanpa apa-apa pembuka kata atau salam, terus bertanyakan kepada orang tuanya sama ada rakan anda ada atau tidak. Apakah mungkin akan terjadi penilaian mereka terhadap tatacara dan tingkahlaku kita? Mungkin tidak sopan atau lebih.

Bentuklah sahsiah diri dengan berfikir sejenak dan mengeluarkan kata-kata yang baik dan sopan. Gunakanlah anugerah suara untuk kebaikkan perhubungan kita sesama manusia.

4. Setajam Pisau - Lidah setajam pisau, kerana ia mampu melukakan. Namun, sekali terguris akan mengambil masa lama untuk mengubati luka tersebut dan yang pasti akan terluka ialah hati. Tidak semua orang adalah seorang yang pemaaf. Walaupun ada dan mampu memaafkantapi sejauh dan selama mana mereka akan melupakannya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa.

5. Menyenangkan Orang Sekeliling - Semakin banyak kita bercakap perkara yang tidak baik, semakin banyak kesan negatif akan dibawanya kepada diri. Ia akan mempengaruhi orang lain yang mungkin akan menjauhi kerana rungsing, rimas, malas atau merasa jengkel mendengar kata negatif (sentiasa) kita. Orang lain juga punya hidup yang perlukan hiburan dan keceriaan, bukan sentiasa sebuah cerita atau kata-kata yang menyakitkan hati.

Jadi, senangkan telinga dan hati orang lain bukan hanya dengan bergaul mesra namun juga dengan kata-kata baik dari ucapan diri kita.

Berkata baik mampu mempengaruhi tindakan kita kepada sesuatu dan ia juga mempengaruhi diri kita sendiri. Berkata dengan baik kepada orang lain menjadikan orang sekeliling senang kepada kita dan berkata baik kepada diri kerana ia penting sebagai dorongan dalam hidup.
Soalan : Apakah Berkata Perkara Baik Dalam Hidup Anda Banyak Mempengaruhi Hidup? Kongsikan Pengalaman dan Pendapat Anda di Ruangan Komen sebagai perkongsian bersama.

Malas Yang Melampau

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka, tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, ada la seorang lelaki mengaku...

Katanya "Saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya "Apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut "Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya"

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi berkata "Saya lebih malas lagi daripada dia, tuanku"

Tuanku pun bertanya kepadanya "Sampai mana pulak tahap malas awak?"

Maka jawabnya "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan"

Maka raja pun terdiam. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata "Saya adalah yang paling malas tuanku"

Raja pun bertanya "Bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

Budak itu pun dengan selamba menjawab "Nak cite pun malas!!!"

Jangan Bersikap Negatif

Elakkan daripada brcakap negatif dan byk mggunakn perkataan 'kalau', 'tetapi', 'tidak boleh', 'susah' dan sebagainya. Ini adalah perkataan orang yang sentiasa berfikiran negatif. Always expect good, never expect bad, iaitu sentiasa mengharap perkara baik dan jangan mengharap perkara buruk. Orang yg sntiasa bersangka baik kpd Allah, pasti Allah beri, insya-Allah.... prof. Dr. Muhaya Mohamad