Tuesday, December 31, 2013

Malang tidak berbau... takziah!

Tiba di keratong stlh bercuti panjang d kg halaman mg lepas, 2org shbt ku ni asrul n fidah (suami isteri) dikejutkan dgn umah kne pecah masuk sms ketiadaan diorg... byk jgk la gdjet yg di rembat... walhal rumah dgn pokdok jaga kuaters dalam 10meter jer... tv di dinding je selamat... myb x berjaya bukak atau susah nak pikul sbb besar... minggu ni lak dikejutkan lg asrul terlibat dalam kemalangan berbasikal... semoga asrul cepat sembuh... semoga fidah sabar menerima ujian kecik ni...


ni my schlmate sekolah rendah... cikgu asrul... terlibat dlm kemalangan berbasikal... semasa menyertai jamboree di galing, kuantan pahang... kini ade kat wad 5c HTAA, semoga serul cepat sembuh... teruk muka asrul tersembam ke tanah masa kemalangan tu... alhamdulillah part laen xde cedera patah riuk...


cikgu fidah... isteri asrul myclassmate masa sek menengah tgh suap bubur nasi sblm tgglkan asrul sorg2 mlm td... fidah ikut aku balik tido kat umah.. sbb x bape sesuai nak tido temani asrul kat spital... lgpun bukan di wad 1st class... so paham2 la nak tdo pun kne d kaki lima... nak guna toilet tepaksa share laki pompuan... jgn smpai memudharatkn diri... tuan yg menjaga plak sakit demam pasni... so baek tdo je kat umah kawan2...

Monday, December 30, 2013

Baju baru utk minah ku....


Baru sebulan pkai baju yg dapat free utk minah aku nih... dah pecah kat hujung (warna itam) padahal seriously x pernah jatuh pun... nak suh aku kua wit jgk beli baju sdiri.. bak kata org ukur baju di badan sdiri... eh ye ke.. same ke perumpaan nih ngan kes aku.. hahah... 

seb baik survey2 kat lelong.com.my dpt dgn rege bwh rm30 bg leather flip gini... yg sama mcm dpt free tu semer rege rm60-70... huhu.. x sanggup nak abiskan RM utk minah nih... klu cari flip case kat kuantan ni... semer rege rm70 ke atas... pasal ape la yg mahal sgt nye kat sini aku pun xtau...masalah ke2... brand fon aku ni x se fofular yg org pkai... org pkai SAMSUNG, SONY, NOKIA, BLACKBERRY... dpt kat aku...HUAWEI je yg termampu... mmg susah nak cari aksesori kat sini...

yg ni settle... baju dah bertukar baru.. bertukar wajah... bertukar warna... dr gelap gulita dah jadi pinky kaler! phweee!!! (nasib baik la skrg xduk sblh bilik kak elajs ku..pantang beno kaler pink n merah ni) hihi...

Saturday, December 21, 2013

Gunting rambut si semek...


sebelum ni puas pujuk puas paksa... widad xmo gunting rambut kat kedai... takut katanya... hr ni ntah kenapa ajak aku g gunting rmbut kat kedai... (aku tau sebenarnye... korang nak tau x kenapa???? si semek aku nih dah gunting rambut die kiri dan kanan dlm bilik sorg2... grrrrr!!!)

lepas kua dr kedai gunting.... "widad sronok la ummi gunting rmbut kat sini... auntie tu letak tas kusi tinggi... widad da x takutttt...pasni boleh la kita dtg sini lg yer!" wekkkkkk!!!!!

Sunday, November 24, 2013

Siapa sangka siapa menduga... rezki sekelip mata

21hb... thanks ya Allah... sbb murahkan rezki aku...  aku dpt 2 gdjet...  i) ipad mini lucky draw kat tech updte HP... ii) 2hr sblm tu laki ku stuju topup hrga hpon 70%... tp 21hb tu jgk la br wat blk ke ktn...
Alhamdulillah... so kiranya 2 gdjet baru dlm tgn... fungsinye berlainan.... so, no need to JUAL ok! Bkn sng nk dpt.. insyaallah aku jaga elok2.. hrp2 dpt bertahan lama la...

Tuesday, November 12, 2013

Ihtifal 2013 PASTI Al-Huda Taman Tas





Selesai sudah sesi persekolahan pada umur anak ku 5 tahun... thanks semua tenaga pengajar PASTI Al-Huda Taman Tas.... sedikit sebanyak dah mendidik anak aku kat sini...

Result widad x brape memuaskan hati aku n abahnye wlupn tempat ke8 dlm kelas... ade kurang dan silapnyer... risau sbb ade kawan2 widad yg da dpt membace... tp widad masih belum mampu membaca... cuba amek anisiatif tukarkan sekolah widad masa die umur 6 tahun nnt... nampak mcm PASTI pun akan mengalami masalah kekurangan guru sesi depan..ade yg berhenti, berpindah dan ade cgu yg cuti bersalin... klu cgu baru yg xde pengalaman... lagi la aku x bape konfiden anak aku dpt ketch up umur 6 tahun nnt...

anyway... ummi terpaksa tukarkan sekolah kamu nurwidad... tahun depan cuba plak blaja di TASKI al-banna... x jauh dr sekolah PASTI pum...ummi cuba buat yg terbaek utk kamu syg!!!

Saturday, April 20, 2013

Kuatkah aku???

Aku juge manusia biasa... yg alpha yg sentiasa lakukan kslhn.. sekiranya dirimu sudah tidak memaafkn dan menerimaku seadanya.. aku tpksa redha.. semoga aku kuat & btmbh kuat utk mghdapi semua dugaan ini...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, February 20, 2013

Interested Bukan Interesting

Jadilah orang  yang interested bukan interesting. Orang yang INTERESTED sentiasa bertanya mengenai orang sekeliling. Berminat kepada kejayaan dan kesusahan orang lain. Hidup sentiasa cuba manambah nilai dengan sentiasa mencari jalan untuk membahagiakan orang lain. Fokus hidup bukan untukmendapat, tetapi untuk memberi. Orang yang INTERESTING pula, sentiasa suka menceritakan hal hidup sendiri kepada orang lain, bila berborak  sentiasa mempromote diri, sentiasa mencari jalan untuk gain and not give. Sentiasa berfikir mengapa kita tidak disayangi orang, tidak disukai orang. Orang begini sentiasa fokus kepada perkara yang negatif. Mindanya terlalu kecil dan menghabiskan hidup dengan memikirkan caranya untuk mendapat pujian orang lain.

Petikan dari : 

Slot Islam itu Indah

Celik Mata dan Jiwa

petikan dari kata2 Prof Muhaya...

Cara seseorang memberi pendapat dan interpretasi keadaan mencerminkan kualiti. Jom audit bagaimana perspektif dan prioriti kita. Jika baik kedua ini maka baik lah kehidupan seharian. Cuba audit profile kita setiap hari dan komen kita beri pada pendapat orang lain. Adakah mencari salah atau ingin belajar. Orang yg bijak sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan menjadi solusi. Orang kurang bijak sentiasa mencari salah dan menjadi masalah bukan solusi. Orang berjaya suka memberi, orang kurang berjaya sentiasa mencari peluang atas kelemahan orang lain dan sangat berkira dalam kerja seharian. Adakah kita suka menyenangkan orang lain atau menyusahkan, suka menggembirakan atau suka menyakitkan hati, kita menaip utk nasihat atau melepaskan kemarahan,. Apa kita fokus itu kita dapat. Jika negatif , negatiflah hidup kita, jika positif, positiflah hidup kita.


Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kita

Orang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.

Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.

Tuesday, February 19, 2013

5 SEBAB MENGAPA PERLUNYA BERCAKAP PERKARA BAIK SETIAP HARI


S etiap hari, setiap masa kita akan berkomunikasi dengan orang lain dan juga mungkin diri sendiri. Seribu satu perkara yang akan kita perbincangkan dan ada sahaja topik yang akan dibawa ada baik ada mungkin tidak.
Berkomunikasi Dengan Kata Yang Baik | Gamber : sumber
Orang lain pula akan sentiasa menilai kita. Salah satu antara caranya - melalui kata-kata yang diucapkan. Pada pendapat saya, kita sebenarnya adalah apa yang kita ucapkan - setiap hari. Danperlunya bercakap perkara baik setiap hari adalah penting kepada diri.

Kata-kata datang dari hati (niat) dan ia akan sampai ke hati.
Pengalaman saya ketika masih berada dalam pengaijian, ada seorang rakan sering berkata perkara yang merendahkan semangatnya sendiri. Contohnya, mengatakan beliau akan gagal perperiksaan, tidak mungkin akan mampu menghabiskan pengajian dan pelbagai perkara tidak baik atau negatif. Dia kelihatan sepertinya tidak ceria, tiada semangat dan sangat merendah diri.

Tapi, setelah didekati dan dinasihati (secara terus terang) bahawa dia harus mengetepikan perasaan negatifnya oleh rakan-rakan beliau semakin berubah. Yang menakjubkan, perkara pertama yang kami   tekankan adalah untuk tidak bercakap perkara negatif (setiap hari) sebaliknya bercakap perkara yang positif.

Alhamdulillah, beliau berubah menjadi semakin baik. Ini kerana dirinya sentiasa memberikan dorongan baik kepada diri sendiri.

Justeru, berkata baik memang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Antara sebab kenapa perlunya kita bercakap perkara baik adalah;

1. Kata Itu Doa - Berkata baik dan membicarakan perkara positif akan menzahirkan sesuatu yang positif kepada kita. Kata-kata itu doa. Jadi, sentiasalah berdoa untuk kebaikkan diri sentiasa.

2. Memotivasikan Diri - Berkata atau bercakap perkara yang positif juga salah satu faktor yang boleh memotivasikan diri. Kita bukan hanya menerapkan nilai murni dalam diri, tapi nilai murni itu kita luahkan atau menzahirkan juga dengan kata-kata atau percakapan. Berkata positif meransang minda untuk terus berada dalam semangat yang baik dan mendorong. Ia juga menimbulkan minat untuk terus fokus dan memberi kekuatan untuk menentang masalah.

3. Membentuk Sahsiah - Apabila anda datang ke rumah rakan dan tanpa apa-apa pembuka kata atau salam, terus bertanyakan kepada orang tuanya sama ada rakan anda ada atau tidak. Apakah mungkin akan terjadi penilaian mereka terhadap tatacara dan tingkahlaku kita? Mungkin tidak sopan atau lebih.

Bentuklah sahsiah diri dengan berfikir sejenak dan mengeluarkan kata-kata yang baik dan sopan. Gunakanlah anugerah suara untuk kebaikkan perhubungan kita sesama manusia.

4. Setajam Pisau - Lidah setajam pisau, kerana ia mampu melukakan. Namun, sekali terguris akan mengambil masa lama untuk mengubati luka tersebut dan yang pasti akan terluka ialah hati. Tidak semua orang adalah seorang yang pemaaf. Walaupun ada dan mampu memaafkantapi sejauh dan selama mana mereka akan melupakannya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa.

5. Menyenangkan Orang Sekeliling - Semakin banyak kita bercakap perkara yang tidak baik, semakin banyak kesan negatif akan dibawanya kepada diri. Ia akan mempengaruhi orang lain yang mungkin akan menjauhi kerana rungsing, rimas, malas atau merasa jengkel mendengar kata negatif (sentiasa) kita. Orang lain juga punya hidup yang perlukan hiburan dan keceriaan, bukan sentiasa sebuah cerita atau kata-kata yang menyakitkan hati.

Jadi, senangkan telinga dan hati orang lain bukan hanya dengan bergaul mesra namun juga dengan kata-kata baik dari ucapan diri kita.

Berkata baik mampu mempengaruhi tindakan kita kepada sesuatu dan ia juga mempengaruhi diri kita sendiri. Berkata dengan baik kepada orang lain menjadikan orang sekeliling senang kepada kita dan berkata baik kepada diri kerana ia penting sebagai dorongan dalam hidup.
Soalan : Apakah Berkata Perkara Baik Dalam Hidup Anda Banyak Mempengaruhi Hidup? Kongsikan Pengalaman dan Pendapat Anda di Ruangan Komen sebagai perkongsian bersama.

Malas Yang Melampau

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka, tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, ada la seorang lelaki mengaku...

Katanya "Saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya "Apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut "Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya"

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi berkata "Saya lebih malas lagi daripada dia, tuanku"

Tuanku pun bertanya kepadanya "Sampai mana pulak tahap malas awak?"

Maka jawabnya "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan"

Maka raja pun terdiam. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata "Saya adalah yang paling malas tuanku"

Raja pun bertanya "Bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

Budak itu pun dengan selamba menjawab "Nak cite pun malas!!!"

Jangan Bersikap Negatif

Elakkan daripada brcakap negatif dan byk mggunakn perkataan 'kalau', 'tetapi', 'tidak boleh', 'susah' dan sebagainya. Ini adalah perkataan orang yang sentiasa berfikiran negatif. Always expect good, never expect bad, iaitu sentiasa mengharap perkara baik dan jangan mengharap perkara buruk. Orang yg sntiasa bersangka baik kpd Allah, pasti Allah beri, insya-Allah.... prof. Dr. Muhaya Mohamad

Friday, January 25, 2013

Syg!

Tghari td iklan nk jual... tp mlm ni da knsel... syg lak sbb condition msih elok.. hurmmm...

Tuesday, January 8, 2013

Alam Persekolahan di PASTI Al-Huda, Tmn Tas

 Assalamualaikum anak ummi. thanks sbb beri kerjasama utk ke sekolah hr ni. tahniah sbb mampu menempuh alam persekolahan pertama. selama ni main je kan. tiba masanya anak ummi belajar lak yer. blajar rajin2 ok. love u so much.

ummi intai dr luar kelas je.. ini la kelas nurwidad. giler ah... 1st day da start blaja... xde orentasi2 mcm schl laen... jadual lak smpai kul1... pengsan la nurwidad ummi nmpknye...

ok x kelas kat PASTI ni? ok la kot... ni 1st day x ramai... 2nd day dah campur 2 kelas sbb cikgu nak buat pemilihan utk pecahkan level bdk2 ni... yg cepat tangkap... 1 kelas... yg slow skit 1 kelas...

lepas pengsan tgk jadual... ummi pengsan tgk buku kamu syg weh... 23 buah buku x termasuk buku tulis... perghhh... ummi blaja kat tadika KEMAS dulu melenggang je... tiap2 hr cikgu bagi selai kertas lukisan je... hahhaa... nasib la menjadi gak ummi ni jd manusia.

Johan???


mcm x percaya. portal yg pd mulanya dinilai N/A (not available) berjaya merangkul Johan. setelah 5 tahun aku kat PTG, br kali ni nampak hasilnya. Mungkin ini sumbangan terakhir aku utk PTG sblm ade pertukaran dgn mana2 jabatan.

Android TV







 ala2 mouse lah nih..
ni keyboard... hehehe

laki aku pelik2 skit...suke sgt ngetest gadjet baru... bukan aku guna pun bende alah ni kat umah... klu die xde, xde nye aku dapat sentuh tv... klu die ade xde nye aku nk bukak fb ke whatsapp ke kat    tv... knfem aku lebey selesa kat hpon cikai aku tu jgk slain lappy ni...klu die tgh pkai aku tgk je la...

Feveret!

Klu blk kg, ini la antra menu fvret yg aku akan cari. Nasi himpit bersambal nyior... Dgn lompat tikam. Tp ni bukan kat kg. Ni kat ktn. Laen r skit rsenye.

Sunday, January 6, 2013

Cafe PTG pnye menu!

Sebulan x updte blog. Mcm2 la menu aku belasah. Ni smer order dr cafe PTG. Wlupun x konsisten kdg2 sdp kdg2 x sedappp....