Wednesday, February 20, 2013

Celik Mata dan Jiwa

petikan dari kata2 Prof Muhaya...

Cara seseorang memberi pendapat dan interpretasi keadaan mencerminkan kualiti. Jom audit bagaimana perspektif dan prioriti kita. Jika baik kedua ini maka baik lah kehidupan seharian. Cuba audit profile kita setiap hari dan komen kita beri pada pendapat orang lain. Adakah mencari salah atau ingin belajar. Orang yg bijak sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan menjadi solusi. Orang kurang bijak sentiasa mencari salah dan menjadi masalah bukan solusi. Orang berjaya suka memberi, orang kurang berjaya sentiasa mencari peluang atas kelemahan orang lain dan sangat berkira dalam kerja seharian. Adakah kita suka menyenangkan orang lain atau menyusahkan, suka menggembirakan atau suka menyakitkan hati, kita menaip utk nasihat atau melepaskan kemarahan,. Apa kita fokus itu kita dapat. Jika negatif , negatiflah hidup kita, jika positif, positiflah hidup kita.


Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kita

Orang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.

Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.