Wednesday, September 2, 2009

Petua & Tip mengenai tepung untuk biskut

Jenis-jenis tepung yang sering dijumpai dalam resepi biskut dan fungsinya:

(1) Tepung superfine : dikategorikan sbg tepung berprotein rendah. Tepung ini bertekstur halus dan dikatakan akan menjadikan biskut menjadi lebih ringan dan rangup banding penggunaan tepung gandum biasa.

(2) Tepung Rose : mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut yang antara lain ialah tepung jagung. Bagaimanapun , anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung dalam resipi anda tidak terlalu banyak. Tepung rose juga dikenali sebagai Top Flour atau Cookies Flour.

(3) Tepung Ubi Kentang : membuatkan biskut lebih ringan kerana sifatnya yang sangat halus. Diperbuat daripada ubi kentang dan mempunyai sedikit rasa ubi kentang. Tepung ini lebih baik daripada tepung jagung. (Bagaimanapun jangan kelliru dengan potato starch yang mempunyai rasa kentang yang sangat , dan dikategorikan sebagai tepung 'berat'.

(4) Tepung Hoen Kwee : selalu digunakan dalam kuih2 tradisional dan basah, tetapi kini juga sering digunakan dalam resipi biskut2. Tepung ini membuatkan biskut lebih ringan. Terdapat 3 jenis : berwarna kuning, hijau dan putih. Boleh digantikan dengan potato starch.

(5) Tepung Beras : Juga sering digunakan dalam resipi biskut kerana ia menjadikan biskut lebih rangup.