Wednesday, October 7, 2009

samBungan siNopSis nUrkaSih ePisOd 17, 18 dan 19

Episod 17



Nur Amina mengambil keputusan tidak mengikut Adam pulang ke Malaysia untuk mencari ketenangan sebelum membuat keputusan untuk perkahwinan mereka.
Adam meneruskan kehidupannya tanpa Nur Amina. Setiap hari, Adam akan menghantar email kepada Nur Amina untuk memberitahu tentang kehidupannya.
Aidil membantu ibu Aliya membuat kerja amal untuk sebuah pertubuhan. Datuk tertawan dengan sikap Aidil dan menawarkan Aidil untuk bernikah dengan anaknya iaitu Aliya


aliya


Episod 18

Pada mulanya, Aidil ragu – ragu kerana takut Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung. Tetapi setelah diyakinkan,barulah Aidil yakin dengan Aliya.
Nur Amina mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ketika tiba di Malaysia, Nur Amina mendapat berita Adam telah jatuh lemas ketika menjalankan tugasnya. Nur Amina nekad dan berjanji tidak akan meninggalkan Adam lagi.
Nur Amina dan Adam membantu Aidil membuat persiapan perkahwinan.


alahai lomantiknyer... kan bagus klu laki aku pun gini...tolong aku angkat kain kat ampaian...



adam nak langsai hutang malam pertama stlh bbrp tahun...


Episod 19

Sarah terkejut mendengar Aidil akan berkahwin dengan Aliya dan bukannya dengannya. Keesokkan harinya, Mak Ani terkejut melihat Sarah telah hilang dari rumah.
Adam dan Nur Amina lalu di kawasan yang sering dikunjungi Adam ketika mereka pulang dari pusara Ustaz Hassan. Adam terkejut Nur Amina mengetahui segala-galanya tentang dirinya.
Mereka semua membantu Aidil menyediakan barang keperluan untuk majlis perkahwinannya. Ketika hampir tiba majlis perkahwinan Aidil, Katrina muncul.